20.7.08
Macam mana nak derma kalau macam ni?
Sifat dermawan orang lain disalahgunakan. Inilah yang berlaku sekarang. Sekarang terdapat beberapa individu yang mengambil kesempatan atas orang lain untuk meraih keuntungan. Tidak cukup dengan taktik menipu mangsa-mangsa lemah seperti orang-orang tua.Sekarang mereka juga menggunakan nama badan-badan kebajikan untuk menipu. Sekarang aku nak derma pun jadi was-was. Apa tidak nya, derma pada individu yang meminta derma bagi pihak badan kebajikan kena tipu. Derma terus pada badan kebajikan pun kena tipu seperti NKF. Cuba bayangkan 1 orang derma $2. Kalau dah 100 orang kena kelentong, dah jadi $200! Ini yang boleh didapati individu. Tu belum lagi kes macam NKF. Dah berjuta-juta duit orang derma digunakan untuk naik kapal terbang '1st class'. Orang yang bagi derma ada yang belum rasa pun naik kapal terbang! Sungguh tidak adil. Ini belum lagi pesakit-pesakit yang hanya terima rawatan yang mungkin hanya '2nd class' kerana duit dana dikatakan tidak pernah mencukupi.Baru-baru ini kes Ren Ci juga seperti NKF. Kalau macam ni, macam mana orang nak derma? Aku dah tak percaya. Daripada aku derma pada badan kebajikan, aku rasa biarlah aku derma pada individu yang aku tahu benar-benar memerlukan duit. ************************************
KUMPUL DANA GUNA TIKET AMAL PALSU
NAMA sebuah persatuan amal setempat yang menyediakan rumah tumpangan bagi golongan tua berpenyakit dan melarat sedang digunakan untuk mengumpul dana tanpa pengetahuan persatuan tersebut.
The Society for the Aged Sick menerima aduan tentang seorang wanita menjual tiket amalnya berharga $2 sekeping dari rumah ke rumah.
Namun, persatuan itu tidak pernah memberi kebenaran kepada sesiapa memungut dana bagi pihaknya.
Lebih menghairankan, nombor telefon yang tertera pada tiket amal itu adalah nombor telefon sebuah lagi badan amal - Persatuan Bertindak Ginjal bagi Masyarakat Islam (MKAC).
Presiden MKAC, Encik Ameerali Abdeali, berkata persatuan itu pernah menjalankan kegiatan mengumpul dana dengan menjual tiket amal tetapi ia dihentikan November lalu selepas lesen syarikat yang dilantik persatuan itu untuk menjual tiket-tiket tersebut ditarik balik Majlis Perkhidmatan Masyarakat Kebangsaan (NCSS).
Lesen itu ditarik balik kerana syarikat tersebut, EDS Management Services, didapati mendesak orang ramai untuk membeli tiket amal MKAC itu.
'Saya dapat tahu tentang perkara ini hanya apabila wartawan menghubungi saya. Ini satu penipuan dan kita mesti dedahkan supaya orang ramai tidak terpedaya,' kata Encik Encik Ameerali.
Bekas pengurus EDS, Encik Mohd Rafi Mohd Dali, berkata syarikat itu telah pun ditutup. Beliau mendakwa beberapa kakitangannya telah menghilangkan diri dengan tiket-tiket amal MKAC yang tidak terjual.
Encik Mohd Rafi berkata bahawa beliau percaya kumpulan penjual yang sama kini terlibat dalam penjualan tiket amal palsu itu.
Ketua kewangan The Society for the Aged Sick, Encik Wee Huan Chew, berkata pihaknya telah membuat laporan polis.
Orang ramai yang ingin mendapat kepastian tentang tiket amal yang dijual boleh mendapatkan maklumat menerusi laman web www.charities.gov.sg atau hubungi talian 6354-8543.
Selain itu, semua pemungut dana berlesen diberi sijil rasmi lengkap dengan cap badan amal yang mereka wakili.
- dipetik dari
http://cyberita.asia1.com.sg/ pada 28hb Jun 2008
tersulamnya kekata dari tinta mindaku...
2:34 PG
* * *